Image Banner

KERJASAMA MENGERATKAN UKHWAH

PAROI-SENAWANG, 30 Julai 2019- Tahfiz Darul Ulum telah menerima kunjungan daripada wakil Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang, Jakarta. Pertemuan ini berlangsung selama dua hari di Tahfiz Darul Ulum.

Ustazah Fauziah Fauzan El Muhammadi mengetuai wakil daripada Yayasan Perguruan Diniyyah. Yayasan Diniyyah Puteri ini diasaskan oleh Syaikhah Rahmah Alyunusiyah pada 23 tahun dan sekolah tersebut sudah berusia 96 tahun.Almarhumah adalah muslimat pertama yang diberi gelaran syaikhah oleh Al- Azhar Mesir dan merupakan sebabnya tertubuh kuliah Al-Azhar lilbanat. Oleh itu, pihak Darul Ulum sangat berbesar hati dengan kehadiran daripada yayasan Perguruan Diniyyah.

Turut hadir bersama Pengerusi Akademi Darul Ulum, Penasihat Akademi Darul Ulum, Puan Bibah binti Tumin dan Dr Wahibah Haji Tahir, Ketua Eksekutif Akademi Darul Ulum dan General Manager Akademi Darul Ulum.

Pertemuan ini membincangkan pengenalan kedua institusi, pengenalan Quba Curriculum serta rencana lanjutan kedua belah pihak.

Pihak tertinggi Akademi Darul Ulum membawa tetamu ke setiap cawangan tahfiz Darul Ulum. Anak-anak Tahfiz Darul Ulum juga memberi layanan yang terbaik kepada tetamu istimewa Darul Ulum.

Semoga kehadiran daripada Yayasan Perguruan Diniyyah akan membantu dan menambahbaik perjalanan Darul Ulum sehingga kepada matlamatnya.

Disediakan oleh, 
Unit Media Darul Ulum

LAGI

GENERASI AL-QURAN DI PERSADA DUNIA

HO CHI MINH, VIETNAM, 27 Julai 2019- Seorang murid daripada sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) cawangan Jempol telah mewakili Malaysia ke Pertandingan \"Asian Pacific Football Tournament\". Pertandingan itu berlangsung 27 hingga 28 Julai 2019.

Adik Ahmad Harraz Rifqi telah membawa nama Malaysia seawal usia 8 tahun. Warga Tahfiz Darul Ulum berbesar hati dengan kejayaan adik Ahmad Harraz Rifqi kerana berjaya menempa nama bagi mewakili Malaysia. Tahniah buat kedua ibu bapa beliau yang mendorong dan menyokong minat adik Ahmad Harraz dalam bidang bola sepak. Belajar di sekolah tahfiz ternyata tidak menghalang adik Ahmad Harraz untuk menceburkan diri dalam bidang sukan.

Didoakan semoga beliau dan rakan-rakan beroleh kejayaan yang cemerlang. 
\'Generasi Al-Quran di persada Dunia\'

Disediakan oleh, 
Unit Media Darul Ulum

LAGI

MAJLIS ILMU, MEDAN PENYATUAN UMMAH

ULU GENTAM, 25 Julai 2019 - Kehadiran Sheikhul Tarbiyah Muhammad Adnan Fahmi As-Saqqa (Ahli Rabitah Ulama Syria) di Maahad Tahfiz Darul Ulum (MADU) . Majlis ziarah ini bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari.

Majlis ini dimulakan dengan perasmian serta khatam Al-Quran oleh pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum (MADU). Seterusnya disambung dengan daurah kitab \"Ayyuhal Wallad\" karangan Imam Al-Ghazali oleh Sheikhul Tarbiyah Muhammad Adnan Fahmi As-Saqqa.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengerusi Tahfiz Darul Ulum Ustaz Mohd Fairuz Hj Mohd Isa, Ketua Eksekutif Akademi Darul Ulum (ADU) Ustaz Mohd Nazri bin Zainuddin, masyarakat kampung dan pelajar-pelajar daripada Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU).

Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum (MADU) juga diterima pujian mengenai adab oleh Syeikhul Tarbiyah Muhammad Adnan Fahmi As-Saqqa. Semoga dengan kehadiran beliau, menambahkan lagi rahmah dan barakah di Maahad Tahfiz Darul Ulum (MADU).

Disediakan oleh, 
Unit Media Darul Ulum

LAGI

KEJAYAAN DAIE CILIK, MENONGKAH DUNIA

JEMPOL, 20 Julai 2019 - Kejayaan anak-anak SRIIDU dalam Kemahiran Amal Islami (KAMIL) telah memberikan impak yang positif buat masyarakat.

Program yang berlangsung selama sehari bertempat di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) cawangan Jempol.

Kehadiran program ini mencecah sebanyak 500 orang terdiri daripada ibu bapa, peserta, pelajar serta masyarakat sekitar Jempol.

Program ini turut dimeriahkan dengan perasmian oleh Penolong Pengarah Pendidikan Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan Ustaz Hafizullah bin Mansor. Tidak ketinggalan Tok Penghulu Tuan Nazri bin Yunus . Turut hadir bersama Penasihat Akademi Darul Ulum Ustazah Bibah Tumin dan Ustazah Wahibah Tahir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah UstazaH Asma binti Harun, Ketua Eksekutif Akademi Darul Ulum (ADU) Ustaz Mohd Nazri bin Zainuddin serta tetamu jemputan.

Program ini disambut baik oleh ibu bapa serta masyarakat di sekitar sini. Turut terlibat pasukan ARC memeriahkan majlis perasmian program Kemahiran Amal Islami (KAMIL).

Juara tahap 1 diungguli oleh SRIIDU Jempol manakala SRIIDU Nilai sebagai juara tahap 2. Johan keseluruhan pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) telah disandang oleh SRIIDU cawangan Jempol.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Tidak dilupakan anak-anak Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) setiap cawangan.

\"Berbahagialah.. Wahai Pencetak Generasi Quranik\"

Disediakan Aoleh, 
Unit Media Darul Ulum

LAGI

SEMINAR KEIBUBAPAAN

[SEMINAR KEIBUBAPAAN]

SENAWANG, 21 Julai 2019 - Dalam era kelahiran Generasi Z & Alpha, pelbagai cabaran dalam mendidik anak-anak dengan ancaman yang berbagai-bagai seperti gajet, pornografi dan sebagainya. Justeru itu, Seminar keibubapaan anjuran Hijrah Excel Training &Consultancy dengan kerjasama Akademi Tahfiz Darul Ulum telah diadakan sebagai inisiatif untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para ibubapa khususnya.

Seminar ini disampaikan oleh penceramah jemputan yang hebat dan pakar dalam _Parenting Motivation in Sexuality_ iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi, penceramah bebas.

Seminar ini bermula jam 2.00 petang sehingga jam 4.00 petang. Kehadiran ibubapa amat menggalakkan seramai 80 orang kehadiran memenuhi ruang dan ini menunjukkan ibubapa sangat menitikberatkan tentang didikan terhadap anak-anak.

Seminar ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ustazah Asma\' Harun selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Akademi Darul Ulum (ADU) sebagai pengacara majlis dalam seminar tersebut dan diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Nazri Zainuddin, Ketua Eksekutif Akademi Darul Ulum.

Jutaan terima kasih kepada penceramah dan ibubapa yang hadir dan terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Semoga dengan usaha ini dapat menyediakan pendidikan yang terbaik untuk generasi kini dan akan datang setimpal dengan harapan ibubapa dan warga Akademi Darul Ulum.

Disediakan oleh, 
Unit Media Darul Ulum

LAGI

PEMBINAAN FASA 2 TAHFIZ DARUL ULUM

SENAWANG, 18 Julai 2019 - Mesyuarat berkala telah diadakan di tapak bangunan fasa 2. Mesyuarat berkala ini diadakan bagi memastikan perjalanan pembangunan mengikut spek konsultan. Perbincangan ini melibatkan wakil arkitek Norman Selamat, Juru perunding civil, jurupending elektrik, wakil daripada ADU Resources dan Ketua Eksekutif Ustaz Nazri Zainuddin.

Ketua Eksekutif Akademi Darul Ulum (ADU) menghadiri perbincangan tersebut bagi membincangkan mengenai progres pembinaan fasa 2. Mesyuarat ini diadakan secara berkala bagi memastikan gerak kerja pembangunan fasa 2 ini terus berjalan dengan baik.

Doa serta ucapan terima kasih kepada pewaqaf-pewaqaf serta penyumbang dalam membantu pihak Akademi Darul Ulum (ADU) bagi menyiapkan bangunan ini.

Semoga dengan usaha semua, warga Tahfiz Darul Ulum dapat menyiapkan sebuah bangunan fasa 2 ini bagi menyediakan pendidikan yang terbaik untuk generasi kini dan akan datang.

Disediakan oleh, 
Unit Media Darul Ulum

LAGI

MEMORANDUM AKADEMI DARUL ULUM (ADU) BERSAMA YAYASAN RAHMAH EL UNUSIYYAH PERGURUAN DINIYYAH PUTERI PADANG PANJANG, INDONESIA

Selasa, 16 Julai 2019 - Padang Panjang, Indonesia - Akademi Darul Ulum (ADU) telah menandatangani memorandum bersama pihak Yayasan Rahmah El Yunusiyyah Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang, Indonesia.

Seramai 5 orang wakil daripada Akademi Darul Ulum (ADU) iaitu Ustaz Fairuz selaku Pengerusi Akademi Darul Ulum, Dr Wahibah Penasihat Akademi Darul Ulum bersama suaminya Dr Abu Hassan, Ustaz Nazri Ketua Eksekutif Akademi Darul Ulum (ADU) serta Ustaz Syahid, mewakili Sektor Pengajian Tinggi.

Pertemuan ini berlangsung selama 2 hari. Ustazah Fauziah Fauzan El Muhammadi selaku Pimpinan Perguruan Diniyyah Puteri mengetuai pihak Yayasan Rahmah El Yunusiyyah khusus bagi puteri.

Di samping itu juga rombongan Akademi Darul Ulum dapat melihat secara dekat kaedah pembelajaran di Diniyyah Puteri daripada bayi seawal usia 2 tahun hingga sekolah menengah tinggi.

Semoga dengan jaringan ini dapat memberikan manfaat yang baik buat warga Akademik Darul Ulum (ADU) serta Yayasan Rahmah El Yunusiyyah.

Disediakan oleh, 
Unit Media Darul Ulum

LAGI

Image News
Image News


Image Banner